Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Ogilvy Bloggers Appreciation Day 2014 BLOGILVY

$
0
0



Ogilvy Malaysia adalah sebuah anak syarikat Ogilvy & Mather International. Ogilvy adalah sebuah syarikat pengiklanan, pemasaran dan perhubungan awam agensi antarabangsa yang berpangkalan di Manhattan, dan adalah sebuah syarikat WPP. Ia beroperasi 450 pejabat di 161 bandar-bandar di 120 negara di seluruh dunia dengan kira-kira 18,000 pekerja

Inilah Ogilvy, sebuah syarikat yang MrJocko baru kenali dalam tempoh masa setahun ini. Alhamdulillah, dah banyak peluang advertorial yang MrJocko terima dari pihak Ogilvy, lebih-lebih lagi dari Mr Shah, sebagai salah seorang orang kuat di Ogilvy.

Baru-baru ini Ogilvy menganjurkan Ogilvy Bloggers Appreciation Day untuk meraikan kesemua blogger yang pernah berkerjasama dengan pihak Ogilvy untuk tahun 2014 ini. MrJocko dan ramai rakan blogger otai dan hebat datang memeriahkan majlis makan malam ini termasuk Red Mummy, Fazrol, Shakiddo, Sohoque, Melastik Bintang, Aku Biomed, Nannie Isa, Cik Lily Putih, Rawlins Glam, Kifly Mally, Jae Hashim, Sherry Go, Jane Chua, Sunshine Kelly dan ramai lagi.










Sudah pasti kalau hadiri event dengan Ogilvy, banyak aktiviti yang kami lakukan termasuk games, kuiz, lucky draws dan banyak lagi. Alhamdulillah, malam tu MrJocko dapat dua hadiah, dua casing dari jenama Otter Box. Satu untuk iPhone 5S dan datu lagi Galaxy S5.

Penutup acara, kami diberikan sijil penghargaan dari pihak Ogilvy Malaysia, sempena kerjasama kami selama ini dengan pihak mereka. Walaupun ia sehelai kertas, MrJocko rasa kami amat di hargai. Terima kasih Ogilvy Malaysia esspecially Mr Tod.








Untuk rakan-rakan blogger yang pernah berkerjasama dengan MrJocko dalam event Ogilvy, terima kasih atas pengalaman, tunjuk ajar, pengkongsian, teguran, friendship dan juga kenangan. Korang samada otai atau bukan otai memang sentiasa terbaik. MrJocko bernasib baik dapat belajar dengan korang semua.

Untuk Ogilvy, bukan sahaja mereka berkongsi peluang dengan kami, Blogger, tetapi mereka berkongsi cerita, pengalaman, kenangan dan 'life' kerana setiap event dan aktiviti bersama Ogilvy adalah satu perjalanan hidup yang tidak mungkin kami akan dapat jual beli dengan duit.

Terima kasih Ogilvy Malaysia.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468