Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Cara Buat Mangga Asam Boi Yang Sedap

$
0
0

 

Cara buat Mangga Asam Boi yang sedap, itu yang wife MrJocko suruh cari sebab dia terliur nak cuba jeruk asam boi dengan mangga yang kini menjadi bualan setiap mulut. Nak cari Mangga Asam Boi ni kat kedai, tak tahu kat mana nak beli.

Bila dah Google, aada banyak cara yang dikongsikan di internet tentang cara buat jeruk mangga asam boi ini. Walaupun nampak sama tetapi cara buat mangga asam boi berbeza mengikut citarasa orang yang buat mangga asam boi. Satu lagi masalah, mana nak tahu Jeruk Mangga Asam Boi mana yang sedap?

Akhirnya, selepas mencari, antara cara buat jeruk mangga asam boi yang nampak sedap ialah yang MrJocko dapat dari Blog RossaCalla.blogspot.com

 

Cara Buat Mangga Asam Boi

 

Bahan-bahan Untuk Buat Jeruk Mangga Asam Boi

Mangga muda

Asam boi

Gula ( lebihkan )

Garam

Cili padi potong ( lebihkan jika suka pedas )

Belacan

 

Cara-cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi

Ada orang suka makan mangga dengan kulit. Tetapi untuk lagi sedap dan bersih, baik kupas dan buang kulit buah mangga. Kupas dan belah buah mangga, cuci dan rebuskan sehingga air agak kering.

Gaulkan mangga dengan Asam Boi, Gula, Garam Cili Potong dan sedikit Belacan.

Simpan campuran mangga asam boi ini dahulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 hingga 5 jam. Selepas itu, jeruk mangga asam boi ini dah siap untuk dimakan.

Camana dengan resipi jeruk mangga asam boi ini? Mudahkan cara buat jeruk mangga asam boi ini. Untuk gula, garam dan belacan, anda boleh sesuaikan dengan citarasa anda. Cuma kebiasaannya, gula lebih dari garam untuk memberikan rasa kepada magga muda. Ada orang tambah cuka makan dan juga sedikit kicap. Terpulang kepada masing-masing punya cara.

Apa pun, selamat menikmati Jeruk Mangga Asam Boi buatan sendiri. Anda mesti akan lebih puas hati menikmati jeruk mangga asam boi yang sedap ;).

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468