Isu event percuma atau event berbayar di kalangan Blogger ni dah lama menjadi isu panas tak kira untu blogger otai, blogger amatur dan juga blogger baru. Ramai yang aware pasal isu event percuma ini cuma bezanya, ada yang ambil kisah, ada yang buat tak kisah dan ada yang memang tak ambil tahu langsung.
Lain blogger lain pandangan. Untuk MrJocko sendiri, hampir 50% dari event yang MrJocko hadiri sehingga hari ini ialah Event PERCUMA tiada bayaran satu sen pun.
Mungkin ramai yang terlupa, ada blogger yang menjadi Blogger bukan semata-mata kerana imbuhan. Pandangan MrJocko ada banyak jenis Blogger :
1. Blogger yang menulis kerana Hobi - biasanya menulis tentang kucing, masakan, etc
2. Blogger yang menulis kerana Mahu Luahkan Perasaan - menulis tentang sajak, syair, puisi etc
3. Blogger yang menulis suka-suka - menulis sebulan sekali :)
4. Blogger yang menulis untuk dapat pendapatan sampingan - menulis blog dan apply banner iklan di blog untuk jana income tambahan
5. Blogger yang menulis Sepenuh Masa - fokus kepada niche, tulis entry setiap hari etc
Jadi, dalam jenis-jenis blogger ini, Blogger No. 4 dan Blogger No. 5 sudah pasti target mereka adalah income dan duit. Manakal blogger dalam jenis No. 1, No. 2 dan No. 3 adalah menulis bukan semata-mata kerana duit.
Anda mungkin bertanya? Ada ke blogger menulis tak harapkan duit?
Percaya lah, ada blogger sebegitu.
Jadi bila timbul isu ada blogger bising di Facebook, Twitter, Instagram perihal dapat tawaran event atau disuruh iklan percuma di Blog masing-masing, secara peribadi, tak payah la lebih-lebih sensasikan isu tersebut.
MrJocko sendiri banyak kali kena dengan isu promosi atau iklan percuma di media social atau di blog. MrJocko juga PERNAH la mengeluh 2 - 3 kali di Facebook dan di Twitter tapi cukup la sekadar ayat-ayat biasa sahaja. Tak perlu nak guna ayat panas dan caci makian (rasanya tak ada lagi blogger yang memaki hamun).
Bila di fikir balik, event percuma atau berbayar adalah pilihan blogger sendiri. Bagi yang jenis suka dengan buat blog tanpa harapkan balasan, TAK SALAH kalau anda terima job TIDAK BERBAYAR. Itu hak anda. Biar lah orang lain nak cakap apa.
MrJocko sendiri belum terkenal, masih lagi merangkak walaupun dah 8 tahun menulis blog. Apa yang MrJocko ingat, banyak tahun MrJocko hadiri event PERCUMA samada dari Nuffnang atau PR Company lain. Alhamdulillah, walaupun Event Percuma Tapi Hasil Lebih RM1,000. Ada juga event yang tidak diberi payment, tetapi goodies yang mereka bagi memang berbaloi. MrJocko anggap, Rezeki Blog Adalah Rezeki Anak-anak Juga.
Dari event percuma, MrJocko dapat macam-macam, antaranya Smartphone Ninetology sampai 3 units, Blackberry Torch 9810, Samsung Galaxy AlphadanSamsung Gear 2, Trip jelajah Malaysia seperti Food Trail Negeri Sembilandanbanyak lagi FAM Trip dalam negara dan luar negara. Bagi MrJocko, ini semua adalah rezeki, walaupun bukan dalam bentuk wang tunai.
Untuk blogger, anda kena tahu bahawa PR atau syarikat pengiklan akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos mereka, tanpa bayar blogger dalam tujuan promosi. Itu cara kerja mereka. Sebab itu mereka akan approach blogger dengan cara Percuma dulu.
Sebab itu, anda boleh katakan 'NO' kepada mereka, jika anda tidak setuju dengan terma dan syarat. Mudah sahaja, katakan NO. Elakkan dari bersikap kasar, kerana ia akan memberikan persepsi negatif mereka kepada kita.
Bro Jaymiee.com pun pernah dapat hadiah dari event Percuma |
Ini antara yang pernah kami dapat ketika sertai Event Percuma. Ya, mungkin bukan selalu, tetapi percaya lah, ia juga berbaloi.
Jika anda selalu dapat jemputan dari PR Company, anda patut berbangga. Kenapa???
Bersambung Part 2