Sememangnya kalau diberikan pilihan untuk memandu sebuah kereta yang berprestij, MrJocko akan memilih kereta BMW sebagai pilihan utama. Sebab utama kerana ia menjadi kereta idaman sejak dari kecil, teringin sangat nak pakai sebuah kereta jenama BMW ini.
Apatah lagi, bila berkesempatan melihat sendiri dari dekat bagaimana jentera BMW ini diuji secara terbuka di lapangan jalanraya yang biasa dan juga dengan menggunakan kepakaran dan teknik professional dan amatur mengikut skill yang tertentu semasa test drive.
Dalam beberapa sesi yang dijalankan, banyak faktor yang pihak Ingress Auto tekankan. Test drive dari segi Brek, Cornering dan juga kelajuan sememangnya mencabar sesiapa sahaja. Nampak memang mantap. Sebab tu la BMW menjadi salah satu idaman MrJocko.
Kalau la diberi peluang untuk test drive kereta BMW ni,,, sure best. Boleh rasa sendiri performance sebenar sebuah kereta buatan Jerman ini.