Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Gambar : Apa Ada Dalam Bullet Train Shinkansen Jepun

$
0
0
Ada rakan MrJocko di Facebook bertanya, ada tak gambar dalam Keretapi Laju (Bullet Train) Shinkansen ketika perjalanan dari Shin Osaka ke Hataka, Fukoka? Sudah tentu ada, cuma MrJocko tak sempat nak share di facebook. 

Bagi yang mungkin nak lihat apa yang ada di alam Bullet Train Shinkansen Jepun, boleh lihat beberapa gambar yang MrJocko kongsi ini. 







Kami bertiga, Cameraman Kusyairie, Bro Azlan, Penerbit SPM dan MrJocko berada di Koc 15,(Reserved Coach) ditaja oleh pihak Tourism Malaysia Osaka. Koc tempahan khas kerana Koc ini khas untuk tempahan sahaja. Koc 15 terletak di hujung dan Koc terakhir ialah Koc 18 (18 Gerabak)



Inspektor Tiket Shinkansen

Kedudukan Koc kami Koc 15


Ada Public Phone untuk anda guna telefon sesiapa sahaja


Gambar : Apa Ada Dalam Bullet Train Shinkansen Jepun

Gambar : Apa Ada Dalam Bullet Train Shinkansen Jepun

Gambar : Apa Ada Dalam Bullet Train Shinkansen Jepun

Gambar : Apa Ada Dalam Bullet Train Shinkansen Jepun
Ruang Bilik Air di dalam Koc Shinkansen


Secara keseluruhan, seat untuk Shinkansen Jepun ini hampir sama sahaja dengan seat KLIA Ekspress, namun ia ada punyai beberapa kelebihan sedikit kerana punya meja di hadapan, ruang charger laptop atau smartphone, kerusi boleh laras dan juga tepat menggantung barangan.

Selang dua gerabak di dalam Shinkansen ada disediakan bilik air dan ruang merokok. Bilik air juga memang bersih dan kemas. Walau tiada kemudahan air untuk 'membasuh' tetapi di dalam nya terdapat sinki dan juga tisu basah.

Memang berbaloi pengalaman menaiki Bullet Train Shinkansen dari Shin Osaka ke Fukuoka. InsyaAllah kalau ada peluang MrJocko nak cuba lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468