Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kelebihan Guna Google Plus Untuk Blogger

$
0
0
Ramai Blogger yang kini sudah beralih menggunakan Wordpress berbanding menggunakan platform Blogspot (Blogger.com). MrJocko salah seorang yang masih lagi menggunakan Blogspot sebagai platform untuk hosting entry artikel dan gambar di blog MrJocko.com. 

Apa yang MrJocko perasan, bila guna Blogspot (Blogger.com), masih ada kelebihan yang boleh Blogger seperti MrJocko nikmati. Antaranya ialah kelebihan menggunakan Google Plus. Blogger.com adalah sebahagian dari Google, dan semestinya carian Google akan memberikan kelebihan kepada pengguna Blogspot. 




Kelebihan Guna Google Plus Untuk Blogger




Cuba lihat contoh seperti ini. Bila ada yang mencari 'Warna Samsung Galaxy Grand 2' di carian Google, result carian di Google akan mencadangkan entry blog MrJocko di Page Pertama dengan mencadangkan 2 entry yang sama tetapi menerusi link terus Blog MrJocko dan juga Link Google Plus.

Jadi, buat sementara ini, MrJocko rasa, masih lagi selesa dan puas hati dengan Blogspot. Bagi yang menggunakan Wordpress, sudah pasti ada banyak lagi kelebihan di Wordpress. 

Tak kisah anda guna mana-mana platform, yang penting hasil tulisan di entry blog anda mesti la berkualiti dan mampu memberikan input dan info yang bagus kepada pembaca. 

Selamat menulis...




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468