Hujung minggu sememangnya hari yang bagus untuk aktiviti bersama keluarga. Lebih-lebih lagi buat kanak-kanak yang memang kerjanya suka main jer. Kalau duduk rumah, nescaya banyak perangai buat bising dan juga bising sana sini. Penyelesaiannya, bawa jalan-jalan ke shopping mall, mesti diorang happy. Itu la satu cara terapi untuk buatkan mereka gembira.
Namun harus diingat, kalau ke shopping mall, sila cucuk duit anda dengan secukupnya kerana dugaan bila berada di shopping mall terlalu kuat. Jangan kata anak-anak yang tergoda dengan makanan segera seperti McDonalds, KFC, Auntie Anne, Tutti Frutti dan macam-macam lagi, 'Mak Budak' juga akan turut sama terpengaruh dengan kaler-kaler diskaun 50%, 70% dan 90% di merata-rata SALES. Adoiii...
Jadi, untuk redakan kerisauan dan tension anda,,, jangan melawan apa yang mereka mahu, sebaiknya, sertai mereka dengan shopping barang-barang yang anda mahu :). Hasil tangkapan hari ni, satu bag Paul Frank yang murah selepas diskaun 50%.