Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Tempat Makan Seafood Murah Dan Sedap Di Kota Kinabalu, Sabah

$
0
0
Mencari menu masakan yang best dan sedap di Kota Kinabalu, anda mungkin perlu singgah di Gerai Makan Seafood Ikan Bakar yang terletak di Waterfront Kota Kinabalu. Ini kerana di sini ada seafood murah dan sedap di Kota Kinabalu. Di kawasan ini, banyak gerai makan yang menyediakan lauk seperti ikan, udang, ketam, sotong dan pelbagai menu masakan laut yang sememangnya segar dari laut.

Kalau dulu MrJocko pernah singgah makan di Gerai Makan Seafood Pasar Filipino, kini lokasi baru ini nampak lebih menarik dengan gerai makanan berasaskan masakan ikan bakar seafood yang teratur.










Seafood Murah dan Sedap Di Kota Kinabalu

Jika anda sukakan masakan laut, Ikan, Udang, Ketam, Sotong dan juga pelbagai menu masakan laut lain di Waterfront ini. Ada banyak menu yang sedap dan murah dihidangkan di sini. Sebagai contoh, seekor Ikan Bakar bersaiz sederhana hanya dijual sekitar harga RM4.00 - RM6.00 sahaja. Untuk harga seekor ketam bunga bersaiz sederhana cuma RM4 untuk seekor, dan banyak lagi menu lain yang sedap.

Ada menu ikan bakar, ketam bakar, udang bakar, sotong bakar dengan rempah dan rasa yang berlainan. Semua sedap...







Dari jauh, anda sudah boleh bau keenakkan masakan seafood bakar di Gerai Makan Seafood Ikan Bakar Waterfront Kota Kinabalu ini. Anda pasti akan teruja nak cuba menu-menu di sini kerana sekali lihat, semuanya nampak sedap.

Harga yang di tawarkan juga memang murah berbanding di Kuala Lumpur, sudah pasti ia satu yang akan menarik sesiapa sahaja mencuba makanan Seafood Ikan Bakar di Waterfront Kota Kinabalu, Sabah.








Seafood Murah dan Sedap Di Kota Kinabalu

Gerai makanan Seafood Ikan Bakar Waterfront ini dibuka bermula seawal jam 5.00 petang dan ditutup sekitar awal pagi. Jadi, anda memang punyai masa jika ingin merasai sendiri keenakkan menu makanan laut yang murah dan sedap di Kota Kinabalu.

Secara keseluruhan, memang berbaloi makan di Waterfront, Kota Kinabalu, Sabah. Harga murah dan makanan Ikan Bakar, Seafood dan juga makanan seperti kuih dan goreng pisang memang sedap.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468