Throwback perjalanan saya ke Chiang Mai pada awal bulan September, saya mendapat peluang saya untuk makan tengahari di Akaligo, Dhara Dhevi Resort, Chiang Mai. Ia adalah tempat yang di luar jangkaan saya. Tempat yang hebat untuk makan tengahari dan makan malam.
"Bufet Sarapan dan Sunday Brunch Diterjemahkan dari bahasa Sanskrit,"Akaligo" ertinya tak habis-habis. Sensasi yang Akaligo berhasrat untuk mengukir pada pengalaman makan tetamu kami restoran kontemporari mempunyai cahaya dan lapang rasa, bercampur dengan rasa keagungan kerana ia dilengkapi dengan tingkap besar yang menghadap ke taman-taman tropika yang indah kami. hidangan antarabangsa dan Asia, segar dari resipi chef terkenal kita dihidangkan setiap hari di bufet sarapan pagi yang menarik."
Restoran Akaligo juga terkenal adalah 'Sunday Jazz Brunch' dan pelbagai menu eksotik yang akan menggoda setiap citarasa anda. Terletak di dalam Dhara Dhevi Resorts, Chiang Mai, dengan pemandangan indah sekitar bangunan resorts, kolam mandi, padang rumput serta sentiasa menghidangkan makanan segar dan perkhidmatan kelas pertama.
MrJocko singgah di Restoran Akaligo, Dhara Dhevi dalam lawatan FAM Trip dan berpeluang makan tengah hari di sana.
MrJocko kongsi sedikit antara gambar menu makanan yangada di Akaligo, ada banyak lagi yang menarik, namun hampir separuh menu disana tidak halal. Pun begitu, secara keseluruhan menu di sini memang Brilliant dan Superb.
Anda sangat dianjurkan untuk menempah tempat duduk jika ingin makan tengahari atau makan malam di sini kerana selalu penuh jika anda datang secara walk-in.
Saya benar-benar menikmati makan tengah hari dan makan makanan laut dan pencuci mulut. Terima kasih kepada Pusat Departmental Store Ltd Thailand, Mastercard dan Majalah Libur untuk peluang ini.