Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Rumah Terbalik Upside Down House Of Borneo

$
0
0
Ada sesuatu yang menakjubkan jika anda ke Tamparuli, Sabah, dimana di sini terdapat satu lagi tarikan baru di Sabah iaitu Rumah Terbalik Borneo. 'Rumah Terbalik' Borneo (The Upside Down House) adalah rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara dan Ke-5 struktur terbalik di dunia. 

Rumah Terbalik Borneo ini dibuka kepada lawatan orang ramai pada awal Februari 2012 dan sejak itu telah menarik pengunjung dari dalam dan luar negara. Rumah Terbalik Borneo ini sendiri adalah satu tempat wisata yang sukar untuk anda lepaskan kerana ia sesuatu yang jarang-jarang kita boleh temui di mana-mana di Malaysia.

Aktiviti Snorkeling Best di Mantanani Island

Rumah Terbalik Borneo ialah sebuah rumah yang dibina dan ia dibina dalam keadaan terbalik dengan lantai menghadap sebelah atas dan bumbung rumah mencecah tanah. Semua peralatan, perabut dan segalanya di dalam rumah juga terbalik dan anda seakan berdiri di atas siling dan mengadap lantai. Semua terbalik! 









Pelancong yang ingin memasuki ke dalam Rumah Terbalik Borneo ini, untuk warganegara Malaysia anda dikenakan RM10 untuk dewasa, Kanak-kanak 12 tahun ke 3 tahun RM5 dan Percuma untuk Kanak-kanak bawah 3 tahun. Untuk pelancong asing, mereka dikenakan sebanyak RM18 setiap seorang.

Lokasi Rumah Terbalik Borneo ini terletak di Tamparuli dan ia memakan masa selama lebih kurang 40 minit perjalanana dari Kota Kinabalu. Anda boleh mendapatkan khidmat teksi atau bas.








Sebagai kenangan, ada di sediakan ruang kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati Rumah Terbalik Borneo untuk anda beli sebagai kenang-kenangan. Ada T-shirt, Key Chain, Fridge Magnet, Buku dan banyak lagi. 

Bersebelahan dengan kedai cenderamata, ada cafe yang menyediakan menu untuk pelancong. Ruang cafe ini agak luas dan mampu menampung sehingga 30 orang dalam satu masa.





Lokasi Rumah Terbalik Borneo
Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, 
Tamparuli, district of Tuaran. 
Masa Operasi  : 8.00 am sehingga 8.00 pm

Di dalam Rumah Terbalik Borneo, anda akan perasan bahawa koleksi dalam rumah dan susun atur di dalam adalah mengikut budaya dan etnik Kaum Murut di Sabah. Ada bubu, ada belangkas dan semua yang berkaitan dengan kaum Murut.

Rumah Terbalik Borneo telah dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai Rumah Terbalik Pertama di Malaysia.

Untuk maklumat penuh anda boleh lawati laman web Sabah Tourism Rumah Terbalik atau laman web rasmi Rumah Terbalik Borneo (Upside Down House Borneo)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468