Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Datuk Aziz Satar Pernah Menjadi Pencuri Seperti Robin Hood

$
0
0

Pagi tadi, masa menonton ulangan rancangan 9 Soalan terbitan TV9, MrJocko tertarik dengan satu soalan dari Pengantara kepada Seniman hebat, Datuk Aziz Satar. Soalan berkisar kepada sejarah Datuk Aziz Satar semasa kanak-kanak di waktu Penjajahan Jepun di Tanah Malaya.

 


 

Rupanya Datuk Aziz Satar diwaktu zaman remajanya pernah diseksa oleh tentera Jepun lebih dari 2 bulan kerana ditangkap mencuri. Apa yang Datuk Aziz Satar curi? Beras berguni-guni dicuri dari pihak Tentera Jepun untuk diberikan kepada keluarga dan orang kampung yang teraniaya oleh penindasan Tentera Jepun waktu itu.

Kata Datuk Aziz Satar, beliau pernah bekerja sebagai buruh kasar mengangkat beras dan bahan makanan tentera Jepun sewaktu zaman kanak-kanak beliau. Oleh kerana tidak tahan melihat penderitaan keluarga, saudara dan orang kampung yang hanya dipaksa makan Ubi Kayu pada masa penaklukan Jepun, beliau mencuri beras Tentera Jepun untuk dikongsikan bersama keluarga, saudara mara dan orang kampung.

Mula-mula secupak, kemudian segantang, seterusnya seguni dan berguni-guni untuk diberikan kepada orang kampung yang kelaparan. Berani sungguh usaha Datuk Aziz Satar pada ketika itu. Malang menimpa kerana beliau tertangkap oleh Tentera Jepun dan akhirnya diikat dan diseksa di sebatang pokok kelapa sawit.

Namun mungkin kerana berkat kebaikan yang beliau buat, nyawa masih panjang dan terlepas dari dipancung atau ditembak. Dia kemudiannya dipaksa kerja keras membersihkan seluruh kem tentera Jepun sehinggalah Jepun kalah kepada British.

Kalau ada umur panjang ingat teringin nak jumpa dan bergambar dengan Datuk Aziz Satar, seorang Seniman dan lagenda filem Melayu yang masih hidup. Semoga Pak Ajis atau Datuk Aziz Satar diberikan kesihatan dan umur yang sihat, Amin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468