Nama Wak Doyok kini sememangnya menjadi ikon fesyen lelaki maskulin di Malaysia walaupun dari segi penampilan dia agak berbeza dari ikon sebelum ini. Dengan mengekalkan misai melenting, janggut dan jambang, imej Wak Doyok ini dikatakan unik dan semakin mendapat perhatian. Tak hairan kalau Wak Doyok mempunyai ratusan ribu pengikut di Instagram dan juga Facebook.
Nampaknya MrJocko berpeluang pertama kali bergambar bersama dengan Wak Doyok ketika majlis Pelancaran Samsung Galaxy Alphe di Samsung Center The Garden pagi tadi. Brader Wak Doyok memang sempoi, peramah dan memang mudah didekati. Nampak muka macam berserabut, tetapi hati mamat ini memang sempi dan baik.
Mungkin kah Wak Doyok akan ajak MrJocko untuk next project? Kalau dulu Ke Korea Ke Kita? Mungkin lepas ini projek Ke Australia Ke Kita Bersama MrJocko ???