Sudah sampai di Chiang Mai, pastikan anda sampai di sana pada hujung minggu kerana anda akan berpeluang mengalami sendiri kemeriahan Pasar Malam Sabtu di Chiang Mai. Sudah pasti banyak yang dijual di Pasar Malam Sabtu Chiang Mai ialah pakaian, aksesori, cenderahati, makanan dan juga pakaian wanita. Banyak produk yang dijual di sini adalah hasil buatan tempatan.
Pasar Malam Sabtu Chiang Mai ini memang luas dan memanjang. Jika anda bermula dari jalan besar, anda akan berjalan sekitar 1 kilometer dan ia memang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara saban minggu.
Untuk pilihan makanan di Pasar Malam Sabtu Chiang Mai, MrJocko rasa ada sikit masalah untuk Muslim kerana susah nak pastikan kesahihan makanan halal tersebut. Sepanjang perjalanan sekitar 1 jam 30 minit berpusing di Pasar Malam Sabtu Chiang Mai, MrJocko tidak nampak satu pun menu makanan Halal. Mungkin tak perasan, tetapi memang tak nampak sendiri dengan mata kepala sendiri. Jika anda berpeluang ke sana, boleh cuba carikan.
Untuk pakaian seperti T-Shirt kenangan seperti yang tertulis Chiang Mai, harga di sini agak mahal berbanding di Phuket, Hatyai dan juga Bangkok. Tidak tahu sebabnya, tetapi rata-rata paling murah T-shirt round neck di sini di jual sekitar Baht 150 (RM15), sedangkan pandangan MrJocko, ia hanya sekitar RM10 jika di lokasi pelancongan seperti Phuket, Hatyai atau Bangkok.
Bayangkan baju anak-anak pun berharga sekitar Baht 150 juga.
Tapi, jika anda ingin mendapatkan barangan murah, MrJocko cadangkan membeli cenderahati buatan tangan masyarakat tempatan. Untuk Beg Sandang seperti ini, berharga sekitar Baht 250 (RM25) dan Fridge Magnet hanya RM1 setiap satu. Pastikan anda membeli barangan cenderahati dengan banyak :)
Selain itu, antara tumpuan lain ialah pertunjukkan nyanyian oleh ramai 'Buskers' atau penyanyi jalanan di Chiang Mai. Pelbagai ragam dan pelbagai genre music termasuk muzik tradisional. Yang paling menarik perhatian ialah persembahan 2 orang kanak-kanak ini.
Walaupun suara mereka tidak la sesedap TEGAR, tetapi persembahan mereka memukau ramai penonton yang lalu lalang di Pasar Malam Sabtu Chiang Mai. Setidaknya mereka berusaha untuk mencari rezeki yang halal.
Banyak yang menarik di Chiang Mai dan sudah pasti banyak keunikkan Chiang Mai yang boleh kita terokai selain dari pemandangan Kuil dan sejarah Chiang Mai yang terkenal.
Sayang kami tidak berkesempatan untuk ke Sunday Night Market Chiang Mai kerana terpaksa pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Katanya Sunday Night market di Chiang Mai lebih besar dan lebih murah berbanding di Saturday Night Market Chiang Mai.
Kalau ada peluang, MrJocko pasti akan ke Chiang Mai sekali lagi untuk merasai pengalaman di Sunday Night Market Chiang Mai pulak...