Warung Menu Kelantan Bob Lokman Di Ilin Cendol House
Abang Bob Lokman, salah seorang selebriti otai di Malaysia, kini sanggup meninggalkan dunia lakonan dan lain-lain yang berkaitan, yang dulu menjadi sumber pendapatannya selama ini.Abang Bob Lokman, kini gigih mengusahakan Warong Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan di Kuang yang mula dibuka seawal 6:30 pagi hinggalah ke jam 11.00 pagi untuk melayani para pelanggannya.
Warung Selera Kelantan Bob Lokman ini di BUKA SETIAP HARI, KECUALI HARI JUMAAT.Masakannya, tidak usahlah diragui, memang sedap kata mereka yang pernah mencubanya. Semua dijemput untuk memberikan sokongan kepada Abang Bob Lokman di dalam usahanya mencari rezeki yang halal bagi menyara anak-anaknya yang sebahagian besar, masih kecil.
Warung menu selera Kelantan Bob Lokman terletak di tepi jalan sahaja. Jika dari simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis), berada di sebelah kanan selepas beberapa kilometer. Jika dari simpang 4 Kuang, berada sebelah kiri, juga selepas beberapa kilometer. Warung Abang Bob Lokman ini di sewa di lokasi warung 'ILIN CENDOL HOUSE'.
Semoga Allah memberkati anda semua...
[Mohon share untuk bantu abang Bob Lokman]