Sukan Komenwel XVI pada tahun 1998 telah diadakan di bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia bermula 11 hingga 21 September 1998. Malaysia merupakan tuan rumah Negara Asia yang pertama menganjurkan Sukan Komenwel untuk abad ke-20.
Sempena dengan penganjuran Malaysia dalam Sukan Komanwel, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan wang kertas peringatan Wang Polimer RM50 Sukan Komanwel XVI.
Wang kertas ini dikeluarkan hanya sebanyak 500,000 keping dan sah diperlakukan dengan nilai RM50.
Sempena dengan bulan September, Bank Negara Malaysia sedang membuat promosi dan menjual koleksi Wang Polimer RM50 Sukan Komenwel 1998 ini di One Utama, New Wing.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi Wang Polimer RM50 Sukan Komanwel XVI boleh membeli koleksi terhad ini di sana.
p/s : pernah berjumpa dengan seorang traveller dari Germany yang suka kumpul duit setiap negara yang dikunjunginya.
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko