Macam-macam makanan best ada di Kuala Lumpur. Kalau sebut pasal makan, mesti banyak tempat boleh anda cuba. Antara tempat makan best di Kuala Lumpur ialah di Haji Hassan Ayam Kampung Veledrom.
Kat sini ada banyak menu yang berasaskan menu masakan kampung Kelantan. Antara yang terkenal ialah menu Ayam Kampung Goreng. Rasa enak dan manis berbanding ayam biasa.
Lihat menu lain, hari ni kami cuba Ikan Tongkol Singgam, Sotong Masak Cili, Telur Penyu dan lain-lain. Sudah pasti masakan menu di sini merupakan menu ala kampung yang memang sedap dan di sukai ramai.
Kalau anda nak merasai makan tengahari yang best ala kampung di tengah Kuala Lumpur, boleh cuba datang ke Restoran Haji Hassan Veledron Cheras ini. Ini antara restoran yang best di Kuala Lumpur. Ada cawangan lain, tetapi ini yang paling dekat dengan Kuala Kumpur.
Jadi kalau tanya MrJocko, "Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur?", sudah tentu antaranya kedai Haji Hassan Ayam Kampung Veledrom Cheras.