Sebelum ini, ramai yang dah dengar tentang Cabaran Ice Bucket Challenge dan banyak yang menonton video Cabaran Ice Bucket Challenge ini di YouTube dan Video Clip. Ramai selebriti antarabangsa dan tempatan sudah menyahut cabaran ice bucket challenge ini. Apa tujuan Ice Bucket Challenge ni?
Kembali pada tahun 2013, ia mula dikenali sebagai Cood Water Challenge dan kemudian di ubah menjadi 'Ice Bucket Challenge'. Ia merupakan satu cabaran kepada sesiapa sahaja untuk 'mandi' dengan menggunakan satu baldi ais batu yang sejuk, sebagai salah satu cara untuk merasai pengalaman mereka-mereka yang menghidap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).
Kesan dari kesejukkan ais batu selepas melakukan cabaran Ice Bucket Challenge ini, itulah yang dirasai oleh pesakit-pesakit ALS. Cabaran ini sebenarnya mencabar setiap orang supaya dapat merasa penderitaan pesakit-pesakit ALS.
Cara cabaran Ice Bucket Challenge ini, anda boleh cadangkan 2 nama yang anda mahukan mereka membuat Ice Bucket Challenge. Jika mereka yang anda cadangkan tersebut tidak berjaya melakukannya, mereka diharuskan menderma kepada badan ALS Association.
Ice Bucket Challenge dah semakin meluas di Malaysia selepas beberapa selebriti melakukan cabaran ini. Antara yang sudah menyahut cabaran Ice Bucket Challeng Malaysia ialah Lisa Surihani, Jinniboy, Khairy Jamaluddin, Dato Seri Nazri Aziz dan ramai lagi.
So, anda dah pernah melakukan Cabaran Ice Bucket Challenge? Atau anda sudah cadangkan 2 nama untuk menyahut cabaran Ice Bucket Challenge? MrJocko rasa nak buat jugak Ice Bucket Challenge ini, tapi tengah pilih tempat yang sesuai...