Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pelancaran Ford EcoSport SUV Trend and Titanium Di Malaysia

$
0
0
Ford sebuah syarikat pengeluar kereta terkenal dunia telah melancarkan model baru Ford SUV terbaru di KLLC Park pada 26 Ogos 2014. Model terbaru SUV ini diberi nama Ford EcoSport, sebuah SUV Urban yang dinanti-nantikan. Pelancaran Ford EcoSport ini memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap SUV kompak di Malaysia.

Ford EcoSport SUV ini model terbaru Ford di dalam Segmen B merupakan kenderaan utiliti sport di Malaysia. Ia dibina berdasarkan kepada platform Segmen B global Ford seperti Ford Fiesta yang mempunyai elemen kelincahan, kecekapan dan mampu milik.



Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium

Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium

Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium

Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium

Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium


Ford EcoSport SUV ini dikuasakan dengan enjin petrol empat silinder global Ford bersesaran kapasiti 1.5 liter, dengan twin independent variable camshaft timing (Ti-VCT). Ford EcoSport SUV ini mampun menjana kuasa sehingga 110PS dan Torque puncak mencecah 142N. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik Ford PowerShift enam kelajuan yang Ultra Efficient.

Banyak lagi spesifikasi terbaik untuk kenderaan Ford EcoSport SUV ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dishowroom Ford Malaysia berdekatan.

Ford EcoSport ini datang dalam 4 warna berbeza. Tetapi dibahagikan kepada Ford EcoSport Trend RM92,800 dengan warna Merah (Candy Red), Kelabu (Midnight Sky) dan Putih (Frozen White). Manakala Ford EcoSport SUV Titanium datang dalam warna Merah (Mars Red), Biru (Winning Blue) dan Kelabu (Midnight Sky)



Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium

Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium

Ford EcoSport SUV Trend and Titanium Specs

Ford EcoSport SUV Trend and Titanium Specs

Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium Specs


Ford EcoSport SUV ini sudah berada di semua bilik pameran Ford Malaysia seluruh negara dan di dalam dua varian iaitu Ford EcoSport Trend RM92,888 dan Ford EcoSport Titanium RM103,888. Seperti semua kenderaan penumpang Ford yang lain, EcoSport ditawarkan Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford untuk memberi servis terbaik dan ketenangan minda kepada pelanggan Ford tanpa kos ekstra. ESP Ford ialah program servis dan penyelenggaraan selama Tiga (3) tahun  atau jarak 60,000km yang meliputi penggantian alat ganti dan kos buruh secara PERCUMA.

Apa lagi, design Ford EcoSport SUV ni memang dah cantik, harga Ford EcoSports SUV di Malaysia pun memang berpatutan, boleh la ke showroom Ford sekarang dan tempah satu unit.



Launch of Ford EcoSport SUV Trend and Titanium Specs


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468