Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Bagaimana Advertiser memilih Blogger

$
0
0
Dalam tempoh beberapa tahun ni, media social semakin mendapat tempat di kalangan syarikat yang ingin beralih arah untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan servis mereka kepada potensi pelanggan. Kalau dulu, mereka fokus kepada iklan di suratkhabar, radio dan TV, kini ramai mereka beralih kepada rangkaian Media Social seperti Online Advertising Company dan Blogger.

Bagaimana cara sesebuah Advertiser memilih Blogger untuk menyampaikan strategi pemasaran dan promosi produk serta barangan mereka. Ini ialah mengikut pandangan MrJocko dari pemerhatian selama MrJocko terlibat dalam bidang Media Social.

Syarikat biasanya akan meminta khidmat syarikat Online Advertising untuk mendapatkan khidmat dari Blogger terpilih. Ada diantara pihak Advertiser pandai dalam memilih blogger dengan memilih blogger mengikut kriteria minima supaya pemasaran dan promosi produk dan servis pelanggan mereka sampai kepada potensi pelanggan yang lebih meluas dan lebih berkualiti.

Namun dalam masa yang sama, ada juga sesetengah Advertiser yang mengambil jalan mudah, tiada membuat research, mengambil sesiapa sahaja, asal mempunyai blog, untuk dijadikan sebagai syarat mereka menggunakan blogger dalam cara mereka memikat potensi pelanggan.

Bayangkan, jika Advertiser yang lebih bijak, mereka boleh mendapatkan potensi blogger yang mempunyai Unique Visitor dalam lingkungan 1,000 pembaca dalam masa sehari, dengan Advertiser yang kurang bijak, tangkap muat blog yang punyai Unique Visitor kurang dari 500 pembaca sehari... Mana yang lebih bagus??? Sudah pasti blogger yang menerima trafik pembaca lebih tinggi, lebih disukai oleh advertiser.





Kerana ini, sebagai Blogger yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Blogger yang berkualiti, mereka akan berusaha untuk menulis dan menarik minat lebih ramai pembaca ke blog mereka. Lebih ramai pembaca ke blog mereka, potensi mereka untuk lebih berkualiti dan lebih terkenal sebagai Blogger hebat akan tercapai.

Saya pun nak jadi blogger hebat dan punya potensi untuk terus maju... Jenguk-jenguk la blog saya selalu yer.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468